Saturday, April 12, 2014

Perspektif

I
Terbang tinggi-tinggi, kemudiannya hinggap di dahan pohon.
Ada suara-suara sumbing.
Bunyi-bunyi tidak enak.
Ah, peduli apa.
Aku tumpang berteduh.
II
Kasihan, tiada tempat berteduh. Ke sini lah dia. Dibuang asal la tu.
Dasar tak berguna.
I
Ah, aku tak larat menghadap benda yang sama.
Aku mahu lihat dunia yang lebih dari apa adanya.


Thursday, April 10, 2014

Juna

Arjuna beta bikin hati luluh. Paling dekat di hati ; Hiduplah Arjuna Beta.

Juna, kamu manusia yang dari tiada apa-apa punya segalanya kini. Hiduplah Juna. Pedulikan segala yang di depan kamu. Kerna, di belakangmu punya bonda dan ayahanda, senantiasa.

Tentang dia I

Masih seperti disiat-siat,
Masih berdarah,
Masih terluka.

Masih, mendakap dia yang bukan punya.
Masih, berdiri kaku menunggu dia.
Masih, di situ.
Masih, berharap.

Dia, jasad yang kaku.
Dia, yang mati, yang pegun.
Dia, yang entah jasadnya di situ, hatinya entah di mana.