Wednesday, December 31, 2014

Pengakhiran

Kalau kau tanyakan pada aku, bagaimana 2014 aku berakhir, jawapannya 'suck' sekali! Tidur sekalipun tak membantu. Bangun pagi, matanya sudah membengkak. Ah, menangis serupa putus cinta! 2015, sebagai orang yang berkerjaya, aku sendiri tak tau punya kekuatan atau tidak. 

Nyah, kau pekat gelap! Apa perlunya kau mengekori aku seperti bayang-bayang? Kerna, aku manusia yang paling malang sekali, begitu?  

Sunday, December 21, 2014

Tiket

Tak semua kita nak, kita dapat. Kan? Sebenarnya aku pun tengah cari mana hikmahnya tak dapat pergi majlis konvokesyen sendiri, sementelah family semua dah dapat datang. Terkilan. Ya. Tapi aku bukan orang kaya yang tiket kapal terbang tak jadi boleh beli baru. 

Saturday, December 20, 2014

Life isn't fair. Well, at least to me.

Still couldn't figure out my exact feelings of knowing that I couldn't attend my own convocation's ceremony. Bitter? Frustrated? Damn it, I took seven years to finish up this degree. And in the end, not even standing on the stage. Shit things always happen. Precisely, to me. 

Friday, December 19, 2014

Lenyap

Sampai suatu masa, kau dah lelah dengan dunia. Apa saja pun tak kena. Sepertinya dunia ni tidak berlaku adil. Dan, dan kau mahu lenyap terus dari tanah pekat ini. Biar mereka meratap ketiaadaan kau. Persoalannya, ketiadaan kau, punyai kesan atau tidak. Punyai rasa kehilangan yang maha dahsyat atau tidak. Atau hanya seperti debu.