Saturday, January 17, 2015

Doa hamba

Pada aku ada senjatanya, doa. Tetapi barangkali aku juga sudah penat. Hamba abdi apa yang terlalu penat? Dan kadang-kadang aku fikir adakah aku tertekan? Tergolong dalam orang yang perlu mendapatkan khidmat nasihat. Mungkin aku perlu dibantu. 

Wednesday, January 14, 2015

Bernafas

Paham bagaimana rasa dalam udara yang nyaman, 
Nafasku sempit seperti dalam jelaga,
Ngerti? 

Thursday, January 8, 2015

Suara halus

Siapa tahu, dalam diam dia memberontak? 
Suara hati tidak terlontar,
Mahu pinjamkan pembesar suara? 
Soalnya, dia bukan mahu orang mendengar, 
Tetapi memahami,
Jangan bukan-bukan, 
Memahami juga memerlukan komunikasi,

Biarpun halus sekali suaranya.