Sunday, September 6, 2015

Definisi sayang

Kita semua kena belajar yang tak semua orang akan sayangkan kita macam mana gila pun kita sayangkan mereka. That one hurts really bad. 

Wednesday, June 17, 2015

Cucuk

While watching some show on tv yesterday,  upon seeing the actors. 

Sis : Remy ni hensem ni kalau tengok depan-depan. 
Me : Kan dah cakap, tak percaya. 

Just because they said he looks like Bangladeshi. 

Next, the other actor came in. 

Sis : Amar ni cucuk ni tu yang hensem. 
Me : Even before ni pun hensem what. 
Sis : Taklah, dulu dia tak cerah macam ni pun. Dah jadi artis, terus jadi segaklah. 
Me : 😑 

My taste and her taste definitely not the same. But hell yeah, I agreed some actors and actress getting prettier each days compared to their debut day. Dah duit banyak, you can do anything you want lah. 

Tuesday, June 9, 2015

A loser

Sometimes, I even question my existence. No achievement, no money and not even married. Somekind of loser? 

Saturday, January 17, 2015

Doa hamba

Pada aku ada senjatanya, doa. Tetapi barangkali aku juga sudah penat. Hamba abdi apa yang terlalu penat? Dan kadang-kadang aku fikir adakah aku tertekan? Tergolong dalam orang yang perlu mendapatkan khidmat nasihat. Mungkin aku perlu dibantu. 

Wednesday, January 14, 2015

Bernafas

Paham bagaimana rasa dalam udara yang nyaman, 
Nafasku sempit seperti dalam jelaga,
Ngerti? 

Thursday, January 8, 2015

Suara halus

Siapa tahu, dalam diam dia memberontak? 
Suara hati tidak terlontar,
Mahu pinjamkan pembesar suara? 
Soalnya, dia bukan mahu orang mendengar, 
Tetapi memahami,
Jangan bukan-bukan, 
Memahami juga memerlukan komunikasi,

Biarpun halus sekali suaranya.  

Wednesday, December 31, 2014

Pengakhiran

Kalau kau tanyakan pada aku, bagaimana 2014 aku berakhir, jawapannya 'suck' sekali! Tidur sekalipun tak membantu. Bangun pagi, matanya sudah membengkak. Ah, menangis serupa putus cinta! 2015, sebagai orang yang berkerjaya, aku sendiri tak tau punya kekuatan atau tidak. 

Nyah, kau pekat gelap! Apa perlunya kau mengekori aku seperti bayang-bayang? Kerna, aku manusia yang paling malang sekali, begitu?